Followers

Sponsor Link

Wednesday, July 11, 2012

!PERINGATAN!! Orang yang disukai dan dibenci Allah

Dalam hadis Qudsi menceritakan 3 golongan manusia yang disukai dan dibenci.

3 Golongan yang disukai Allah
  • Orang yang tawadhu' dan orang kaya yang tawadhu'
  • Orang yang pemurah dan orang miskin yang pemurah
  • Orang yang bertaubat dan orang muda yan taubat

3 Golongan yang dibenci Allah
  • Orang miskin yang takabur
  • Orang kaya yang bakhil
  • Orang yang tidak mahu bertaubat

!PERINGATAN!! Jalan ke neraka

Rasulullah s.a.w telah memberitahu dan amaran tentang sebab seseorang itu dicampakkan ke neraka.
Na'uzubillah min zalik....
  •    Orang yang tidak menjalankan tanggungjawab memberi pelajaran agama islam kepada anak dan cucunya
  •    Orang kaya yang bakhil
  •    Peniaga yang penipu
  •    Peminum arak
  •    Mengadakan majlis maksiat
  •    Berzina
  •    Menipu, memakan harta anak yatim
  •    Meringan-ringankan sembahyang
  •    Tidak mengeluarkan zakat
  •    Panjang angan-angan dan tidak mahu memohon ampun dan taubat kepada Allah
Rasulullah s.a.w memberitahu 10  jalan ke neraka, antaranya:
  •    Meninggalkan sembahyang
  •    Minum arak
  •    Berzina
  •    Durhaka kepada kedua ibu bapa
  •    Berbuat fitnah
  •    Suami dan ibu bapa yang dayus
  •    Mendapat dan memakan harta haram
  •    Berbohong dan berdusta
  •    Ilmu sihir
  •    Dengki dan khianat

!PERINGATAN!! Jalan ke syurga

Tersebut di dalam hadis Rasulullah s.a.w sebab-sebab yang membolehkan seseorang itu masuk syurga
Insyaallah,

  •    Mengajar anak tentang kewajipan Agama Islam
  •    Beramal ibadah di masa muda (diteruskan sehingga tua)
  •    Tolong menolong kerana Allah
  •    Menjauhkan diri dan keluarga daripada zina kerana takut kepada Allah
  •    Sembahyang Tahjud dan menangis (menanis kerana insaf takut akan azab Allah)
  •    Bersedekah dan berwakaf, menderma dengan sembunyi
  •    Berhubung hati dengan masjid dan rumah-rumah ibadah kerana sembahyang berjemaah dan belajar ilmu agama
Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w juga menerangkan lagi cara-cara untuk masuk syurga Allah

  •    Sembahyang berjemaah
  •    Selalu berada di tempat pengajian agama
  •    Menziarah orang sakit
  •    Mengiringi mayat hingga ke kubur (bagi lelaki)
  •    Mengadakan jamuan kenduri dan lain-lain (tidak melanggar syariat)
  •    Mendamaikan orang yang bergaduh
  •    Menolong anak yatim dan orang miskin

!PERINGATAN!! Perkara yang menjadikan wanita itu durhaka kepada suami

Setiap orang adalah pemimpin. Lelaki adalah pimimpin bagi ahli-ahlinya dan wanita adalah pemimpin bagi rumah. Oleh itu, berdosa sekiranya isteri menderhakai suaminya.

Diantara perkara yang menjadikan wanita itu durhaka kepada suaminya:
  •    Menghalang suaminya dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya
  •    Keluar rumah tanpa izin suami
  •    Keluar rumah belajar ilmu yang bukan fardhu ain
  •    Enggan berpindah(berhijrah) bersama suami
  •     Tidak membenarkan suami masuk ke rumah, ketika suami ingin masuk
  •    Bermasam muka ketika berhadapan dengan suami
  •    Minta talak
  •    Bercakap kasar atau lambat menjawab pertanyaan
  •    Berpaling atau membelakangi ketika bercakap
  •    Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan
  •    Meninggalkan tempat tidur
  •    Membenarkan orang lain masuk ke rumah tanpa izin suami atau ketika ketiadaan suami

!PERINGATAN!! 2/3 GOLONGAN AHLI NERAKA

2/3 Dari ahli neraka adalah perempuan dan kalau kita kira 2/3 bermaksud lebih daripada separuh.
Antara ciri-ciri ahli tersebut:
  •    Wanita digantung dengan rambutnya kerana menapakkan rambutnya pada lelaki yang bukan muhrim 
  •    Wanita digantung dengan kaki tertambat pada teteknya terus ke ubun-ubun dengan ular dan kala memakan daging serta menghisap darahna kerana tidak bersuci/ tidak sah bersuci dari hadas besar serta meringankan sembahyang.
  •    Wanita digantung dengan teteknya kerana memberi susunya kepada orang lain tanpa izin suaminya
  •    Wanita digantung dengan kakinya dalam rongkongan api neraka kerana keluar rumah tanpa izin suaminya
  •    Wanita digantung dengan lidahnya serta dituang dengan air panas ke dalam lehernya kerana menyakiti hati suami
  •    Wanita menjadi seperti tubuh keldai, berkepala babi kerana suka mengadu-ngadu dan berdusta
  •    Wanita berbadan anjing kerana suka melaga-lagakan manusia serta dengki-mendengki