Followers

Sponsor Link

Sunday, August 19, 2012

Wasiat & Pesanan Rasulullah S.A.W kepada Sayidina Ali

بسم الله الرحمن الرحيم


Wahai Ali, bagi orang mukmin itu ada tiga tanda iaitu,
Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
Tidak terpesona dengan pujuk rayu
Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali, bagi orang alim itu ada tiga tanda iaitu,
Jujur dalam kata-kata
Menjauhi segala yang haram
Merendahkan diri

Wahai Ali, bagi orang yang jujur ada tiga tanda iaitu,
Merahsiakan ibadahnya
Merahsiakan sedekahnya
Merahsiakan ujian yang menimpanya

Wahai Ali, bagi orang yang bertakwa ada tiga tanda iaitu,
Takut berlaku dusta dan keji
Menjauhi kejahatan
Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Wahai Ali, bagi ahli ibadah itu ada tiga tanda iaitu,
Mengawasi dirinya
Menghisab dirinya
Memperbanyakkan ibadah kepada Allah S.W.T

     Ibnu Abbas ada meriwayatkan bahawa Ali berkata, "Pada hari perkahwinanku dengan Fatimah, Rasulullah bersabda kepadaku, Mengutarakan 13 wasiat khusus untukku iaitu:
  • "Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang dia akan mendapat laknat (mal'un) 
  • "Wahai Ali, janganlah engkau memakai cincin pada jari telunjuk dan tengah. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut,"
  • "Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hambaNya yang melafazkan istighfar."
  • "Wahai Ali, takutilah engkau daripada dusta. Bahawanya berdusta itu menghitamkan muka dan diletakkan oleh Allah sebagai pendusta dan bahawasanya yang benar itu memutihkan muka dan diletakkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawa benar itu berkat dan dusta itu celaka."
  • "Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu domba. Bahawasanya orang yang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.
  • "Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan namaNya."
  • "Wahai Ali, janganlah engkau bercita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.
  • "Wahai Ali, takutilah engkau dari membantah dan berkelahi dengan memaki hamun dan bersumpah seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyelesaian."
  • "Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencukil gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah. Mencungkil gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan pada celah gigi tidak dicungkil selepas makan."
  • "Wahai Ali, janganlah melayani rasa marah. Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan serta kesabaran Allah ke atas hambaNya. Pertahankanlah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran."
  • "Wahai Ali, perhitungkanlah kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah."
  • "Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasihi pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau. Hendaklah engkau berlaku adil dalam setiap hukuman. Maka dengan demikian, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi."
  • "Wahai Ali, elokkan perhubungan antara masyarakat jiran sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya diletakkan darjat yang tinggi bagi engkau.
  • "Wahai Ali, peliharalah pesanan dan wasiatku. InsyaAllah engkau akan mendapat kemenangan dan kelepasan."

No comments:

Post a Comment